Monday, September 10, 2007

Info Teknik


Sekolah Menengah Teknik Kuala Klawang telah membuat sambutan besar-besaran sempena sanbutan kemerdekaan yang ke 50. Antara tetamu kehormat yang diundang khas ialah PN Marry Yap iaitu bekas pengetua Sekolah Menengah Teknik Tawau

Visi Dan Misi

MISI SEKOLAH
"Kami warga SMTKK komited memastikan kurikulum dan kokurikulum cemerlang, disiplin terpuji di dalam persekitaran yang kondusif berteraskan pengurusan dan pentadbiran yang telus dibantu dengan hubungan komuniti yang erat"

VISI SEKOLAH"SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA KLAWANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG"

Sejarah Sekolah





Sejarah sekolah ini bermula pada tahun 1992 . Pada masa itu sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Vokasional Kuala Klawang. Sekolah ini terletak di Km 3, Jalan Titi Kuala Klawang. Kumpulan pertama pelajar tingkatan 4 mula melaporkan diri pada 17 Januari 1992.Sekolah ini menawarkan 2 bidang pengkhususan iaitu Elektrik dan Elektronik sahaja. Pelajar-pelajar Tingkatan 5 - 1993 merupakan kumpulan pertama yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) di sekolah ini.